setiap jiwa sentiasa merindui kebenaran ilahi kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah,
yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata- kata.
Hanya jiwa yang luhur dan iklas dalam makrifatullah
akan dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah

Sabtu, 16 April 2011

Setulus Hati

Kepahitan sentiasa menyapa tubuhku...
Membawa seribu kegelapan yang 
sering menyiram air kedukaan...
Hidupku terkapai - kapai mencari 
sinar mentari pagi...
Namun hanya kehampaan yang menjelma 
di benak hati..
Bersulam kedukaan yang sentiasa bersemi...


Liku-liku kehidupan..
Aku masih tercari-cari sinar itu..

Namun kegentalan dan tawakal tak 
pernah lekang di sanubari ini..
Keikhlasan membaluti tubuh...
Sujud terpaku menyerah diri..
Setitis demi setitis tumpah ke bumi 
seperti embun pagi...
Biarpun gelap-gelita, guruh dan petir 
sambar menyambar...
banjir dan kemarau berselang-seli..
Aku tetap di sini sujud mengadap ilahi 
setulus hati...



Akhirnya...
Nun di hujung sana terpancar
sinar mentari yang berseri...
Walaupun sekecil mutiara laut..
Sinarnya terduga menghembus
bayu ketenangan...
Percikannya sentiasa membawa 
cahaya keteduhan sejuta rahmat..
Di ruang hati yang menyepi ini,
tersergam setulus kesyukuran...


Adakah ini yang aku cari selama ini?
Kukuh, teguh, dan terus bersarang
di hati...
Setenang permukaan kali yang
mengalir lesu...
Amin! Alhamdulillah kebesaran ALLAH
kebahagiaan abadi sentiasa...
Kecapilah nikmat ini...